Saturday, August 29, 2009

Jaga anak...

Jaga anak buah, hehe..tu la pengalaman time ramadhan ni, kejutkan sahur, bawak gi solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isya'...agak susah gak pada mulanya nak kejutkan, ingatkan tentang solat kat bebudak kecil yg baru berumur 8 dan 9 tahun ni,huhu...tp alhamdulillah dapat gak buat, mau gak depa ni ikut ckp maksu nya ni,.


ni anak-anak buah aku: hilya,ammar, haziq.

Budak2 ni kalau nak ajak gi solat, jgn ditengking-tengking, like "dah masuk zohor ni, gi solat cepat!!!!" tu yg slalu kite dgr, tp kalau dipujuk, ok jom kita gi solat sambil dipimpin tangannya untuk berwuduk dan dibentang sejadah untuk mereka, pastu ckplah, "kalau solat, nanti bleh jadi pandai, Allah sayang" sure cair hati bebudak, dan nak solat, as simple as A,B,C...kan mudah tu, baru lah negara kite akan dipenuhi dengan insan2 yang cintakan agama seterusnya cintakan tanah air tercinta,tiada persengketaan berlaku, salah laku negatif pon tak berlaku, sebab awalnya bermula dengan mengajar tentang ibadah yang pailing penting dalam hidup setiap muslim iaitu SOLAT, solat kan tiang agama, tak solat, takdalah tiang, runtuhlah agama...na'uzubillah...


Semoga anak-anak yang ada dan yang bakal lahir akan menjadi pejuang agama dan bangsa...penyealamat duni,insyaAllah..

"Anak-anak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya, dengan izin Allah"

Friday, August 28, 2009

UIA Nilai here i come...

Hari Rabu haritu,5 ramadhan, sempat pergi ke UIA Nilai untuk usrah dengan adik2 akhawat kat sane. Yang dtg usrah, siti aisyah, faiz sakinah, ainul basirah dan adik terbaru, siti hajar. Hmm...even tak ramai ptg tu, tp ia dah cukup bagi aku lepaskan rindu kat depa ni, usrah ni dah sinonim dgn erti kekeluargaan. Usrah gak tempat nak berbincang tentang ajaran Rasul kita, tempat untuk bermuzakarah, tempat untuk mengadu masalah(kalau ada la)hehe..macam2 lagi..

Ptg tu, adik2 ni bawa aku ke bazaar ramadhan yang UIA sendri anjurkan, yang menjual semuanya student UIA sendri, walau tak besar mana, tp cukuplah asal dapat membeli makanan utk berbuka pose,kan berbuka pose tu tak semestinye kene gi bazaar ramadhan yg besar, cukuplah dengan apa yang ada,barulah terasa ramadhan nya. Kami beli nasi kerabu je ptg tu utk berbuka pose.

Lepas beli makanan, balik semula ke masjid utk jumpe ruqayyah, nak bincang tentang program ROQ(rememberance of Al Quds). Tak sabar nak dtg program ROQ ni, moga Palestine akan bebas diceroboh satu hari nanti. Jadi ptg tu berbuka di masjid nilai la bersama Ruqayyah dan anak buah aku, Hilya yang ikut sama ptg tu.

"Hebatnya Ukhuwwah kerana Allah"

Tuesday, August 25, 2009

5 Ramadhan...

Alhamdulillah hari ni dah masuk 5 Ramadhan tp berpenghujung ataupun tidak, aku tidak tahu, itu semua hanya Allah yang mengetahuinya. Harini akan ada usrah dengan ahli usrah di UIA Nilai dan beriftar jamaie dengan adik2ku disana, tak sabar rasanya nak tunggu peristiwa maghrib ni, moga dipermudahkan urusan olehNya. Esok pulak akan ada ujian PTK bagi guru DG41, aku la salah seorang darinya, hehe amik buat kali kedua, soalan2nye agak mengelirukan, aku akan buat yang terbaik, walaupun utk kali yang kedua, yang kedua bukan bererti gagal yang pertama, wah semangat nampaknya diriku harini almaklumlah bulan ramadhan, memang bulan yang mulia.
"Ya Allah jauhkanlah aku dari kegelapan ragu-ragu."

Monday, August 24, 2009

3rd Ramadhan...



Alhamdulillah, pejam,celik,pejam,celik, dah tiga hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Ada yang berbuka dengan family, rakan-rakan, dengan ahli masjid, malah ada yang berbuka sendirian disebabkan kedaifan yang melanda. Ada pula berbuka dengan hati yang riang sbb byknya makanan di depan mata malah ada yang berbuka dengan hati yang risau dan sedih walaupun makanan cukup didepan mata, sebab??? perhatikan di bumi palestine, mereka berpuasa dan terpaksa memikirkan keselamatan ahli keluarga, perlu bertahan dengan serangan2 zionis yang melanda mereka namun tetap gembira menyambut bulan mulia, bulan yang penuh maghrifah ini.

Semalam 2nd of ramadhan, parents ajak ke rumah kakak yang tgh sarat mengandung anak keempat, even sarat mengandung tapi tetap cekal buat kuih coklat untuk dijual di bazaar ramadhan, tak letih2 akak aku sorang ni, dengan anak2 yang masih bergaduh2 didepan mata, kalau aku dah pening dah, huhu...

Sebelum pergi kerumah kakak aku, 1st ramadhan, tetiba satu ketika air mata jatuh berjurai2, mengenang dosa2 yang pernah aku lakukan sepanjang tahun, namun amalan sikit macam biji sawi, astaghfirullah, aku terfikir, knp aku tak bekerja macam aku bekerja semasa di alam IPT dulu, knp dalam keseorangan ni aku byk leka lalai dengan dunia yang aku tahu hanya boleh menghancurkan diriku. Tetiba aku teringatkan kematian, adakah aku betul bersedia andai esok takdir untukku bertemu dengan Allah Taala, adakah aku bersedia??? Ya Allah ampunkanlah diriku ini, yang penuh dengan dosa, ampunkanlah aku kerana aku tidak menyempurnakan agamamu, ampunkan aku ya Allah kerana aku lalai dalam menjalankan dakwah ke arah Tauhidmu. Aku betul2 mengharapkan ramadhan kali ini dapat menemukan diri aku yang sebenarnya...ameen...

sedih bile terkenangkan...

sedih bile terkenangkan kameraku yang dah hilang, aku pon tak tau hilang dimana, rumah??sekolah??tertinggal mana??? sangatlah sedihnye sbb 1. tak dpt nak amik gmbr2 terkini 2. tu la gadget yg aku paling syg, aduhai mcm mane la bleh terjadi sume ni. Tp tu sume harta dunia yang bleh dicari, cuba fikir bile IMAN kite hilang entah kemana...na'uzubillahiminzalik,jauhkanlah dari kami ya Allah. Kuatkanlah iman dan keyakinanku terhadapmu ya Allah. Aku sangat sedih sekarang ni, tak taula kenapa??? pelik la sangat...

Sunday, August 23, 2009

???

Tak tau nak bagi tajuk blog harini tp yg pastinye nak menulis.hehehe...
Tadi aku cube nak godek2 ape yg best sgt kat facebook yang selalu kawan2 and anak murid bagitau, tp slow la plak internet harini, lagi pun aku bukan tau sgt nak gune facebook, need a time to learn from iti and think what facebook is all about. Skrg ni dah mcm2. Ade facebook, myspace, friendster(yg dah lapuk ko hehe) utk dapat lebih byk kawan or menyambungkan silaturahim bagi sesape yang kehilangan kawan mcm la aku ni, miss sgt kengkawan kat JB dulu (masa sekolah rendah). Ape la yg jadi kat depa la ni. Aku ingat lagi my friends~alina, fenda, shahril, ghaffar, sakinah, sape lagi ek??? hampir luput dari ingatan nampaknye ni,huhu... but the thing is, aku mmg rindukan zaman2 sekolah rendah dulu, what a sweet memory yg takleh dilupekan...
"friends mean everything to me"

Saturday, August 22, 2009

..sahabat sejati...

cuba bayangkan hidup kita tanpa sahabat, tentu sunyi dan membosankan...

"sayangilah sahabat anda sebagaimana anda menyayangi diri anda sendiri"

...Kawan by UNIC...
Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis


Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta


"Jadilah sahabat yang sentiasa membaikkan"

...Sahabat sejati by UNIC...
Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya


Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

inilah sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidupku, ramai lagi, tp takleh nak upload byk2 ye...

~akhawat DS~


~kawan sekolah lama~


~rehlah USIM~



~akhawat KRJ 08~



~my dearest sis, sakinah~


~my brother, hamzah~


~member of kuiz pintar matematik 08~


~Sigma 6 Batch~


~math and add math panel~


~Saser Ballerz 2009~


~Iota 7 Batch~


Sebenarnya byk lagi kawan2ku, maaf gambartak dapat dimuat turun sebab terlalu ramai, sahabat...terima kasih kerana selama ini membantu diriku mencari makna hidup dalam kehidupan. Suka duka kita bersama, akan diingati sampai bila2,insyaAllah....

sahabat
...salhalida abd kudus...
....2nd ramadhan....

KaSiH sayang....



Sambung lagi dgn post ke-2, dah lama tak update, so mase cuti ni la digunakan utk mengupdate blog ku ini...
KASIH SAYANG??? or dalam bahasa Inggeris nye LOVE. Ptg tadi lps bace majalah i, aku tgk hallmark channel, duk cari cerita yg dapat memberi pengajaran pada hidup, so jumpela cite ni, LOVE COMES SOFTLY...sape yang tak penah tgk, tgkla kat you tube nanti ye, cite yg simple tp penuh makna, penuh dgn nilai kasih sayang. Kalau ingat lagu raihan, lagu kasih sayang tu pon dah beri byk makna, sayang pada Allah, sayang sesama makhluk, hablun minallah, hablun minannas. Simple, tp kdg2 ramai yang tak mempraktikkannya, lupe, lalai... Teringat ceramah Ustaz Norazman pada malam ihya' ramadhan kat sekolah hrtu, Sesiapa yang ada masalah dgn manusia, maksudnye dia ada masalah hubungannya dgn Allah, na'uzubillah min zalik, tak mau itu berlaku pd diri yang dah cukup lemah ni. Dalam majalajh i pon ade cerita, yang mn manusia skrg ni, hanya mementingkan kesempurnaan diri dan keluarga senri daripada memikirkan tanggungjawab kepada yang memerlukan diluar sana. Cukup2 menginsafkan aku harini, byk lagi aku tak buat kat dunia ni, dunia ni pon dah hampir ke penghujung, byk penyakit dah menular, antara tanda2 kiamat...astagfirullah... Masih ramai lagi org yg aku tak tolong..huhu...sempat ke tidak..mmg ramai yang akan pikir, diri sendri pon tak jaga camne nak jaga org lain, kalau itu yang dipersoalkan, sampai bile kita tak nak bantu diri sendri??? betul tak??? sama la mcm diri ni.
Itu satu, ni dah jadi Cikgu ni, tahun ni, byk betul cabaran bile nak cite pasal kasih sayang, mestilah cikgu ade sifat sayang kat anak murid kan tp dgn batasan la, tp...huhu...rase mcm nak nangis bile kenang tahun ni punye hal...
Kasih sayang yang disalah ertikan,huhu...
Takpelah, apa yang diharapkan ialah Kasih Sayang dari Ilahi, supaya yang lain datang dengan sendri...
Ada dalam al quran dan hadis yang mengatakan:
bila kita menyukai sesuatu, berpadalah mungkin kita akan membencinya pada satu hari nanti, dan apabila kita membenci sesuatau berpadalah kerana mungkin satu hari nanti, kita akan menyukainya..
semuanya Allah yang mengetahui...wassalam...

1 Ramadhan...

Hari ni memang aku sepanjang masa ada kat rumah, x gi mana2 pon kecuali anta mak ke family store utk beli barang sket. hmmm nak kate boring tak gak, harini byk mase aku habiskan dgn membaca majalah i yang belum habis dibaca lagi (edisi bln julai) tadi baru beli yang edisi bln ogos. Mlm tadi aku tido agak lewat gak la,hehe slalu aku la org yg paling awal tido, and malam td ramai la plak yang hantar sms wish ramadhan, semuanya menharapkan dapat yang terbaik utk 1430H kali ni, insyaAllah. Aku mlm td yg banyak dapat sms dari ex student la, si abrar(mentee aku), hisyam,amir asyraf, adib (theta),bubble, ramai lagi la, best jd cikgu ni, ramai yang ingat tp tak kurang juga bagi mereka yang tak ingat,hoho... Pastu tetibe dapat kol dari abrar, tak sangka lak mentee aku ni nak kol, lepasla rindu sket kat anak murid aku sorang ni, die minta maaf sbb lame tak contact, sbb katenye study hard, ye la dah nama abrar sape tak kenal, org yg rajin study, aku pon takdela kisah sgt die lame tak contact sbb aku tahu depa ni study. Teringatla plak kat bebudak sigma yang lain, beudak sigma ni la paling rapat dgn aku masa 2007-2008 even 2008 aku dah tak jadi guru ting mereka termasuklah 5 Theta yang aku ajar time tu, kelas tu pon rapat gak dgn aku. teringat masa tension, gembira, suka duka masa mengajar depa ni dulu, biasalah setiap tahun ade je cabarannya. MMg sume ni pangkat adik2 aku je pun tp bab hormat cikgu mmg tinggi...sbb dari cikgu lah dtgnye keberkatan,alhamdulillah... Teringat lagi masa Sigma 6 Batch buat surprise masa birtday aku, tp yg mengantoikan rancangan, si khairy la,hehe...ingat lagi tak khairy??? aku ni dulu suke surprise kan brth day bebudak ni, ye la dah duk asrama, sape lagi nak wish kalau bkn 'mak angkat' ni ha,hehe...aku gelarkan dirku sbg ummi kat depa ni..betul tak amir??? bebudak Theta lagi la kau suke kacau, sampai si fahmi jupri cuak bile aku marah masa birthday die padahal sume tu sekadar lakonan semata2, so sweet and so nice masa tu, masa dulu2... tp skrg sume dah takde, sume dah sambung study, alhamdulillah. Biar kita simpan kenangan tu sampai bile2...cikgu bersyukur dpt anak murid mcam u all sume...peace!!!

SIGMA 6 Batch


THETA 6 Batch

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan...

Ramadhan Kareem...



Kepada seluruh umat Islam di Malaysia, Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Sama-sama kita berazam untuk memperbaiki diri yang lemah dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan ini. Salam Ramadhan!!!

...Salhalida Abd Kudus...
1st Ramadhan 1430H
~USAHA~DOA~TAWAKAL~