Sunday, November 14, 2010

bola,bola,bola....

salam,
dah lama betul x menulis kat blog ni....kali ni nak cite pasal bola interclass.

Its THETA the cahmpion...x sangka aku yang bebudak ni bleh menang sebagai juara interclass form4 bagi tahun 2010. Setiap perlawanan aku hadir sbg supporter penuh walaupun time tu agak x sihat sgt...

Tengok aksi melawan gamma, sigma, beta dan zeta dah memberikan aku gambaran yang insyaAllah kelas aku ni akan mara ke pusingan kedua, pusingan separuh akhir...alhamdulillah memang betol jangkaan aku yang kelas theta dapat mara ke separuh akhir...dalam separuh akhir, theta bakal berdepan dengan musuh utama iaitu kelas 4 Iota, yang mane bile dilihat dari segi fizikal mmg Iota berpotensi besar utk menang tambahan pula, Iota baru je menang dalam rugby interclass yang lepas tetapi bak kata pepatah Inggeris 'don't judge a book by its cover', team Theta bermain dengan satu semangat yang kuat sehingga membawa Iota ke masa penalti.. dan dalam masa penalti, idham menunjukkan kehebatan dengan menyelamatkan kedua-dua sepakan yang diambil oleh pemain Iota...syabas diucapkan.





ini menunjukkan kelas Theta layak ke peringkat akhir yang akan bertempur dengan team orange iaitu kelas Zeta.




Final begins: agak payah utk melepasi benteng pertahanan kelas Zeta, pada awal nya pertahanan Theta bolos dengan zeta mendahului 1-0, namun selepas separuh mas pertama, Theta terus bangkit dengan gol pertama, dan kini mata 1-1, kemudian Zeta membolosi gawang Theta dengan mata 2-1, kemudian diikuti Theta dengan 2-2. akhirnya perlawanan diheret sehingga ke masa penalti...


Penalti: Keeper Theta-shahrul idham, keeper Zeta-syafiq. Idham menyelamatkan gawang Theta dan gawang Zeta telah bolos sebanyak tiga mata....Theta menang...Penalti Theta diambil oleh, Khushairi, Ali Imran dan kapten pasukan Mohamad Amirul...Tahniah diucapkan..


Aksi bebudak ni sampai sekarang ade dalam kepala..melihat pada fizikal, bukan penentu segalanya. Semangat berpasukanlah yang menentukan kejayaan tak kira dalam bidang ape sekali pun...




camne pon, Theta the best!!


Saturday, October 2, 2010

...semarakkan semangat!! wow ape tu??...

salam,
lama btol la x menulis dalam blog aku ni...kesibukan diluar kawalan,keke...
Esok ade Anugerah Terbilang, hari ahad bekerja, nasib baik isnin cuti kalau x collapse aku dibuatnye minggu ni...Tension gak minggu ni bile dpt tau ranking add math jatuh giler + banyak and dpt tau lak STF no.1...

Keadaan ni mmg takleh nak dibiarkan, aku mesti terus berusaha utk kebaikan anak2 murid + kebaikan sekolah, aku takkan biarkan org lain amik no.1 tu lagi...

Semangat tol bunyinye, tp sume ni takkan mendatangkan hasil kalau xde kerjasama dari anak murid 8th batch tahun 2010...Come on boys, you can do it!!! JUST DON'T GIVE UP!!!

minggu depan kite pulun sama2 dalam lonjakan saujana...aku ajar set 5A dan set 2B minggu depan. Mulalah aku nak bwk rotan bulu ayam mcm thn lepas...sape x siap, rotan...nak berleter sakit tekak...

SASER TETAP AKAN NO.1
InsyaAllah, sama2 kita berdoa pada Allah kerna Dia penentu segalanya...
Kita sebagai manusia perlu berusaha selagi jasad masih ada!!!
...sal...
add math department

Thursday, August 12, 2010

...salam ramadhan...


salam, buat semua umat Islam sedunia, mahupun anda berada di SASER, luar SASER, Seremban, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia, Ostrolia, dan kat mane2 pon, selamat Berpuasa!!!


Marilah Menikmati keindahan bulan ramadhan yg berkat ini. Berdoa lah byk2 agar doa2 anda dimakbulkan Allah....Kejarlah Lailatul Qadar, agar kita tergolong dalam orang2 yang disayangi Allah....kalau dulu sahur sorang2, sekarang sahur jamaie, dulu solat sorang2, bulan ni solat beramai2....Indahnya Ramadan...


Jangan lepaskan peluang beramal, sedekah byk2....sedekah walaupun dalam kocek anda hanya ade duit sepuluh sen...sebab org yg memberi sangat baik dari yg menerima....Allah tidak memandang pada BANYAKNYA DUIT yang anda beri TETAPI ALLAH MEMANDANG pada USAHA yang anda lakukan untuk MEMBERI....


Jadi, JOM TAMBAH AMALAN!!!


Friday, June 4, 2010

...sedarkah anda...

Sebenarnya anda sedang dilihat oleh Allah yang Maha Kuasa... Allah sangat mengasihi hambaNya hingga sanggup lagi membekalkan hambaNya dengan segala limpahan nikmat dan Kasih SayangNya, itulah Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim...tetapi manusia kala ini seperti tidak mengenal siapa yang menjadikan kita semua di muka bumi ini...ape peranan kita dan sebagainya...

Sedarkah kita, sebenarnya kita semua berada di akhir zaman, seperti bumi berada di hujung tanduk, tunggu masa untuk tergolek, namun kita masih lagi leka, masih lagi bersuka ria dengan pelbagai perkara yang melalaikan...

Jadi, ayuhlah, beribadat pada Allah. BESARKAN minda anda dengan pengertian ibadat kerana ibadat itu bukan sekadar solat tetapi setiap perbuatan kita adalah ibadat dengan niat kepada Allah Ta'ala...

Allah sayangkan kita, jadi mari semua kumpul seberapa banyak bekalan untuk bertemu denganNya di dalam syurga yang penuh dengan keindahan....kerna ISLAM ITU INDAH...

Mari beramal...=)

Friday, May 7, 2010

...im back...

Lama betol lak aku tak menulis...sbb???
1. mls
2. busy

the right answer: busy

punyelah byk bende nak cite tp takde masa nak bukak blogger and rite...hoho...ni la ade sket masa, bleh la tulis smthing...

Minggu ni duk umah je la, next week bebudak mid exam...kejap je dah bulan 5, x lama lagi je dah SPM....cepat betol masa berlalu...

My ex-student lak, dah ramai yg dpt panggilan UPU and etc...ramai gak dpt UIA...
teringat lak masa aku daftar ke Kolej Matrikulasi Melaka dulu...

and, bye....xde ape dah nak ckp and tulis...

To all ex-SASERIANS, Good Luck utk life korang...give the best!!!

...sal...

...kami tak kalah siri 2...

Lama betul nak mengupdate blog ni sampai cite2 hangat pon dah berlalu pergi dah...

Tp xpe, eden nak cite gak....

Tentang pasukan Basketball lah yg gi berjuang kat HKSBP Zon Selatan di SAMURA bulan 3 yang lalu... ringkasnya, Sasereign dapat no.4 setelah:


Round Pertama kami:

Saser vs Sakti (Tewas)
Saser vs SAMURA (Menang)
Saser vs Sains Sultan Iskandar (Menang)

Round kedua:

SASER vs MOZAC (Tewas dgn mata 12-19)
SASER vs SMAP Labu (Menang)

Penentuan 3/4: Saser no. 4

Itulah siri perlawanan kami di SAMURA....dengan coach pon xde, cuma berkat doa semua pihak, kami berjaya menaikkan kembali ranking SASER ke tempat yg ke empat...alhamdulillah...

Terima KAsih Banyak2 atas support semua pihak terutama:

En Roslie yg dah motivate kami sebelum pergi SAMURA

Loo, coach kami yg cool

Miss Farah, kaunselor kami...

Bebudak Hoki, nak2 si Fateh...haha

Dak2 SASER...

Cikgu Md Nor and Cikgu Shahrul,

Add Math panel yg byk bg support

dan semua la, terutama team basket SASEREIGN 2010....



ni la pengubat Hati: SASEREIGN 2010

Sunday, March 21, 2010

...kami tak kalah siri satu...

team SASER ni yang namanya a SaseReign 2010????

bermula dari awal pendaftaran form5, aku dah membuat misi mane nak letak team saser ni?? samada spt thn lepas yg tak dapat ape2 atau nak buat betol2 kasi gempak satu saser,hehehe...

dah pasti sebagai guru a.k.a coach yg takde tauliah ni, merangka strategi nak bawa sasereign mencapai MISI BESAR punye iaitu dapat masuk ke HKSBP Kebangasaan.

Bermula dari Januari lagi persiapan telah dijalankan malah dari tahun lepas lagi T.K dan kawan2nye dah mula berlatih sbb masing2 nak merebut tempat ke HKSBP Zon Selatan di Samura. Tak ramai pon yang aku nak pilih 15 org je pon dari 20 orang yang ada pada thn ni yg sgt2 berminat dgn basketball as well as all knows yg persatuan basketball dah takde lagi kat Saser tu...jadi nak ajak main basketball nye hanya bbrp kerat dari ratusan yg ade kat Saser tu...=)

Ok, dari Januari gak aku dah panggil si TK a.k.a captain tahun ni utk mula training seawal 5 ptg dan selewat 5.15ptg utk mula training,alhamdulillah cakap cikgu dituruti..tiap2 ptg mesti akan dgr suara TK buat announcement panggil kawan2 datang training, and alhamdulillah berkesan gak. and aku lak membuat kertas kerja utk memohon peruntukan coach utk mereka ni semua as well as semua tahu, aku tak reti pasal basketball, yang aku tahu cuma menjerit kat court je,hahaha....

Langkah kedua bila dah bebrincang dan kertas kerja siap, aku perlu berjumpa dgn big boss sekolah utk mendapatkan pengesahan utk menerima peruntukan yg telah aku lakukan tu. masuk2, bincang2, keputusannya menyedihkan..huhu..tidak diterima...dalam hati dah ada sedikit geram, takut takde coach, takut tak dapat menang,blablabla, tapi hati dipujuk dan perbincangan dilakukan dgn semua pemain basketball sekolah yang ada..

Alhamdulillah walaupun kewangan tak dapat, namun kesetiaan pemain utk ke HKSBP mmg besar, kami teruskan jugak dgn ape yang ada didepan mata, tidak mahu tenggelam dengan masalah yang agak BESAR tu...banyak lagi bleh buat...tp otak hari2 pikir camne nak tolong pasukan basket aku ni sbb thn ni punye pemain mmg bleh diharapkan dan bleh menang...

Yang selalu mendengar masalah aku ni si Teng tu la, sbb dia hari2 dtg guna laptop aku yg lembap ni.haha...kantoi lak an...die kate, cikgu, de coach pon xpe, kami bleh je training and cikgu kan ade...'hati terubat la jugak' tp risau gak kalau kalah nanti...dan kesian kat anak2 ni...

training punye training, dah masuk bulan dua, coach masih takde...alamak..pikir punye pikir, aku teringat kat seorang kawan dari iprm utk buat friendly masa jumpe kat 3 on 3 seremban duathn lepas, nama die Loo. buatlah friendky dgn iprm, our first match utk thn ni, ape lagi la, kalah (45-90)... tu la kali pertama aku perlu tahu masa bila nak ganti orang sume, nak kasi sume org main dan sebagainya..

Friendly kedua dengan STJ, gi la kami ke STJ (thanks pada cikgu salwati yg beri no cikgu STJ tu), kalah lagi dengan perbezaan 10 mata je..oklah dgn ref yg tak adil masa tu, geram je...

Friendly ketiga dengan SDAR,hehe...nak merasa lawan dgn champion HK,haha...tak takut pn cuma cuak je...kalah jugak dengan (tak ingat mata tp mmg kalah habis la) hahaha...

friendly keempat dgn IPRM sekali lagi, buat kat sekolah (2 minggu sblm HK), lagi sekali kalah tp mata dah meningkat dari yang lepas (kalau tak silap 63-90), itulah friendly2 match yg kami buat, keEMPAT2 sume KALAH..dalam hati terus risau...

Dan dalam hati juga berkata, mngkin dalam HKSBP akan berlaku perubahan terhadap kekalahan yang kami terima ni...

Thursday, February 25, 2010

bila hati terasa sakit....

salam,
lama sudah tak menulis dlam blog ni...

sangat lama,saje nak mendiamkan diri buat seketika,hehe..xde ape cuma kesibukan mengatasi segala-galanya...=)

byk kerunsingan yg melanda hidup sejak akhir2 ni...hmm, dugaan terlampau besar, lebih2 lagi bila melibatkan soal hati dan sahabat baik.

Dari sudut negatif mmg byk lah, tp kalau di pandang dari sudut positif, semua perkara yg berlaku mempunyai pengajaran2 yg tertentu..membantu kita utk lebih dekatkan diri pd Allah dan hanya mengharapkan Pencipta utk segenap hal yang ada...

Pedih mmg pedih tp nak buat ape kalau dilayan, let by gone be by gone...

tidak perlu membenci apa/ siapa...bende yang berlaku mungkin berpunca dari kesilapan diri sendiri sebelum kita menuding jari, membenci org yg hanya lemah disisi Allah.

itu je..
maaf dipinta dari sume...

salhalida abd kudus..

Tuesday, February 2, 2010

...kisah BETA 08/09...

khas utk adam dan rakan2 BETA 08/09


B.E.T.A ada gaya tersendiri, aku mengajar kelas ni since mereka form4 lagi (ajar add math) la..jadi pahit getir bengang menangis sume ada dalam kelas ni...Penah lagi aku ingat satu peristiwa yang mana aku telah mengoyakkan kertas bebudak yg tak siap modul masa di form4. Masing2 terkesima dgn tindakan yg aku buat, ye la sblm2 tu aku agak mcm sbr tp mase tu mmg dah takleh thn sgt dgn perangai Beta time tu...then aku gak yg nangis...sume diam je, si adam berkelip2 mata sbb mcm dah buat aku marah...Qamar sume diam je...


Mmg susah nak ajar 4 beta time tu, nak2, ajar tok din, wan luq,chandra,azim, arshad,qamar, ramai la...nak kate, setiap kali ujian, separuh dari kelas akan fail...dan kelas beta selalunye berada di kalangan 5 kelompok dibawah bile rank kelas...tu la beta mase form4..


Bila masuk form5, ade perubahan sket...tp still lagi xleh nak naik ranking...asik kene motivasi je bebudak ni oleh cikgu yg bernama Salhalida ni...mase form 5 tak marah2, tak koyak2 kertas dah,cuma bagi kata2 smgt...sampai sume org confident jawab add math, slalu mase mengajar aku akan ckp "add math senang sgt"...sume senyum je..dan masing2 berusaha ke arah yg terbaik dan alhamdulillah nampak peningkatan masa trial, Qamar dah dpt A1, Azim dah dapat 60, Adam masih 3B,hehe...Farhan dah dpt A1, Wan Luq dah mula lulus...masing2 dengan peningkatan, Alhamdulillah, itulah hadiah pada diriku, bila lihat sendri anak2 murid, berusaha ke arah yg terbaik...

MMg jenuh ajar Beta, tp kepuasannya hanya aku dan 5 Beta je yg tau...insyaAllah kita doa, kita akan dapat yg terbaik dalam result SPM especially utk Add Math,ameen..


...miss sal...

...aku rindu...

2/2/2010-hari yg dinantikan telah tiba...lepas ni sekolah akan mula padat dengan penduduk SASERIANS batch ke 9...hari pendaftaran telah berlangsung...esok start dengan orentasi form4, aku diberi amanah utk menerajui kelas 4 theta, tgh pikir samada nak mula merebut hadiah kelas terbersih or x,tp kelas mesti kene bersih dan teratur...
Bile sambut pelajar form4 ni, teringat plak masa menyambut form4 7th Batch, teringat kat Megat(sekali tgk,dalam hati:eh adik Boni ke ni??) muka sama la plak, pastu teringat kat Ahmad Ashraf, Shin, sheriff, skem dan lain2..hehehe...masa form4 x rapat sgt dengan bebudak Iota ni lagi..tp yg palig ingat, si Afiq Azizi yg second intake, yg agak poyo and sombong ketika itu...aku pon tak kisah sbb mula2 masuk, form4 mmg camtu, ade ala2 berlagak sket.
Tp bile dah form5, sume dah matang dan sume berubah...yg lambat berubah, masih lagi terkawal dan tahu ape misi masing2...aku mmg takleh lupe pada kelas 5 IOTA...
adui, tetibe rindu lak dgn diorang ni sume...harap dapat jumpe u all sume masa terima result...cikgu tak kisah ape reslut korang, yang penting cikgu nak korang tau yang cikgu sayangkan korang 5 IOTA...and for shin, jgn lupe bertawakal pada Allah sbb dia lah pemberi rezeki pada kita bukan cikgu, cikgu hanya pemudah cara sahaja di atas muka bumi Allah yang besar dan luas ini...cikgu nak korang terus berjaya di luar SASER, dimana2 korang berada...be the GREATEST IOTA dimana2...
Shin: cikgu baca ur blog and thank u so much for the appreciation, cikgu buat sume tu atas tggjwb dan amanah yg diberikan, yg penting, utk kebaikan awak dan yg lain...cikgu nak tgk awak jadi pakar tulang or ape saje bidang yg awak ceburi nanti....
So, IOTA...miss u all so damn much!!! tak kisah ape org nak kata tp itulah hakikatnye...
to SIGMA 6th Batch cikgu pon rindu korang gak, x sbr nak jumpe terutamanya yang dah fly ke Mesir dan Jordan tu...
...cikgu sal...
IOTA form teacher of 7th BATCH

Thursday, January 28, 2010

...the climb...

I can almost see it,
that dream i'm dreamin but,
there's a voice inside my head sayin,
you'll never reach it.
every step im takin
every move
i make feels lost with no direction,
my faith is shakin,
but i,
i gotta keep tryin
i gotta keep my head held high
there's always gonna be another mountain
im always gonna wanna make it
move always gonna be an uphill battle
and sometimes im gonna have to lose it
aint about how fast i get there
aint about whats waitin on the other side
its the climb
the struggles im facing
the chances im taking
sometimes might knock me down but
no im not breaking
i may not know it
but these are the moments
that im gonna remember most yeah
just gotta keep goin
and i i got be strong
gotta keep on pushin on
cuz theres always gonna be another mountain
im always gonna wanna make it move
always gonna be an uphill battle
sometimes im gonna have to lose
aint about how fast i get there
aint about whats waitin on the other side
its the climb x2
keep on movin
keep climbin
keep the faith babe
its all about its all about the climb
keep the faith keep your faith

...motor...

Ade dua cite tentang motor.

Ahad lepas balik kampung,pasal balik kampung aku mmg suka suki sangat, dapat hirup udara nyaman dan yg paling penting dapat ziarah nenek dan makcik kat kampung...seronok giler sambil berangan rangan,ahaks, geli lak dgn ayat sendri. Bile dah asar tu, aku duk tunggu parents yang ke tanah uwan yang terletak kat sebelah sungai tu, haritu aku dah gi dah kat tanah tu, pakcik n makcik tgh buat kandang lembu kat situ,mooooo...hehe... sedang tunggu punye tunggu, Alif my sepupu nak merayau naik motor Honda EX5, wah lama dah tak naik motor, aku pon..."alif,jom,kali ni kak ida bawak ko",haha...aku nak bawak...Alif tanye dgn makcik aku "Ibu, kak ida ni bleh ke bawak motor?" Ibu jawab "eh, ape lak takleh, kak ida kau mmg reti bawak motor", so ape lagi rembat lah jap motor Honda tu,bawak alif, bbbrrrruuuummm...menderu terus ronda2 kampung, bawak sampai kat balai raya je, tp sgt puas sbb dpt bawak motor dgn agak laju,heheh...aku reti bwk motor tp xde lesen, kalau ade, panjang lagi la kaki aku ni merayau,hehe..yo yo je...aku dah reti bawak motor sejak form1, dari Honda, Kris then Lagenda motor ayahku kat umah ni...

Tu cite motor yg pertama...

Pagi tadi masa gi ke sekolah sambil membalas mesej kawan, aku terlihat dua orang lelaki sdg berjalan di bibir jalan...seorang sedang sandang beg dan seorang lagi sedang menyorong motor yang mungkin rosak...Aku nak gak berhenti tumpangkan anaknya tu,mgkin sekolah STAD je tu tp sbb blkg dah dekat dgn kereta lain,aku hanya melalui mereka berdua...Teringat plak masa aku kecik2 dulu, kes yang sm, aku dgn ayahku dgn Honda mata petak warna biru tu ayah menderu bawa aku balik dari sekolah agama dari Bakar BAtu Johor, pastu sampai setengah jalan motor tetibe berhenti, berhenti la kejap, dibawah panas matahari, minyak tak sampai ke enjin kata ayah, aku tak fhm ape, ikut je ayah di belakang,rase mcm takpuas hati masa tu sbb panas, motor rosak lak,geram je...tp tu la pengorbanan seorang ayah, sanggup gak nak amik aku dan menyorong motor yg rosak tu. Satu hari tu plak, masa hantar ke sekolah agama g sama, motor berhenti masa tgh hujan, berhenti betol2 dpn kedai runcit, adui, dahla tak bawak payung, ayah aku pon amik kan kertas surat khabar yg utk balut ikan tu,bagi kat aku,letak kat kepala, 'dah gi sekolah cepat',masih nak aku gi gak ke sekolah..geram gak sbb dah basah2 time tu, malu lagi dgn kawan2...huhu...

Tp bila pikir2 balik, itulah yang ayah ada, hanya itu, sampai aku berjaya sampai sekarang, sampai aku dah jadi cikgu, ape2 pelajaran diutamakan, aku blaja utk independent dari kecil lagi dan sampai skrg pon...Alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakan aku both Parents yg sangat menyayangi aku dikala aku keseorangan dan kesunyian...

Hormatilh kedua ibu bapa even though kite rase tak puas hati dgn ape yang mereka lakukan, mereka sebenarnya mahukan kita jadi yg terbaik,sanggup berhabis duit utk anak berjaya...Jadilah anak soleh dan solehah yg mendoakan mereka pada setiap masa...

-anugerah Istimewa-

Salhalida Abd Kudus
Daughter of Abd Kudus Abd Latif and Sariah Samad.

Tuesday, January 5, 2010

...2010...satu perubahan...

2010 hadir dalam sekelip mata je, "aik dah masuk tahun baru?", itulah yang dikatakan masa, masa berlalu pantas tanpa diduga, if tak guna masa dengan baik then byk la benda tak setel.

Hmmm...so what am I gonna write then????

sebelum 2010, byk benda berlaku dari aku sambut bebudak masuk form5, HKSBP Basketball SASER yang kalah, birthday aku, gi Beijing hinggalah penghujung bulan 12 yang buat aku sangat2 tension dan tak keruan, akhirnya berakhir la sudah 2009, yeh!!! at last it ends.

Permulaan 2010 je dah buat aku pening, byk betul la dugaan yang aku alami dalam dua tiga harini, tp takpe, sbb makin byk dugaan, makin aku menghampiri Allah s.w.t, tu yg aku blaja. Mungkin org rase pelik tp itulah kebenarannya, makin byk dugaan makin aku menjadi seorang yg matang dan berfikir. Wah, it sounds good but in my heart berat sgt, tp xpe lah, "semakin diuji, semakin dekat dgn pencipta".

Hari pertama sekolah, walaupun aku sgt bersemangat utk ke sekolah dan mengajar but Allah knows better than me,us...aku kene sakit mata plak, dapat MC 2 hari, and continuing my MC on wednesday and thursday, bak kata kawan aku, rehatla, bila dah diberi rehat, tp tak keruan aku duk umah ni, asik terfikirkan anak murid kat sekolah, sapelah yg ganti kelas aku tu, huhu...

Tahun ni gak, aku nak pastikan yang pasukan Basketball akan mara ke final HKSBP dan terus ke HKSBP Kebangsaan, itu misi aku...InsyaAllah...

Oklah, itu je la utk kali ni, semoga tahun ni lebih baik dari tahun sbelum ni.

Good bye 2009, Welcome 2010!!!

...truly I am....sal...
~USAHA~DOA~TAWAKAL~