Monday, August 24, 2009

3rd Ramadhan...



Alhamdulillah, pejam,celik,pejam,celik, dah tiga hari umat Islam seluruh dunia berpuasa. Ada yang berbuka dengan family, rakan-rakan, dengan ahli masjid, malah ada yang berbuka sendirian disebabkan kedaifan yang melanda. Ada pula berbuka dengan hati yang riang sbb byknya makanan di depan mata malah ada yang berbuka dengan hati yang risau dan sedih walaupun makanan cukup didepan mata, sebab??? perhatikan di bumi palestine, mereka berpuasa dan terpaksa memikirkan keselamatan ahli keluarga, perlu bertahan dengan serangan2 zionis yang melanda mereka namun tetap gembira menyambut bulan mulia, bulan yang penuh maghrifah ini.

Semalam 2nd of ramadhan, parents ajak ke rumah kakak yang tgh sarat mengandung anak keempat, even sarat mengandung tapi tetap cekal buat kuih coklat untuk dijual di bazaar ramadhan, tak letih2 akak aku sorang ni, dengan anak2 yang masih bergaduh2 didepan mata, kalau aku dah pening dah, huhu...

Sebelum pergi kerumah kakak aku, 1st ramadhan, tetiba satu ketika air mata jatuh berjurai2, mengenang dosa2 yang pernah aku lakukan sepanjang tahun, namun amalan sikit macam biji sawi, astaghfirullah, aku terfikir, knp aku tak bekerja macam aku bekerja semasa di alam IPT dulu, knp dalam keseorangan ni aku byk leka lalai dengan dunia yang aku tahu hanya boleh menghancurkan diriku. Tetiba aku teringatkan kematian, adakah aku betul bersedia andai esok takdir untukku bertemu dengan Allah Taala, adakah aku bersedia??? Ya Allah ampunkanlah diriku ini, yang penuh dengan dosa, ampunkanlah aku kerana aku tidak menyempurnakan agamamu, ampunkan aku ya Allah kerana aku lalai dalam menjalankan dakwah ke arah Tauhidmu. Aku betul2 mengharapkan ramadhan kali ini dapat menemukan diri aku yang sebenarnya...ameen...

No comments:

~USAHA~DOA~TAWAKAL~