Friday, August 28, 2009

UIA Nilai here i come...

Hari Rabu haritu,5 ramadhan, sempat pergi ke UIA Nilai untuk usrah dengan adik2 akhawat kat sane. Yang dtg usrah, siti aisyah, faiz sakinah, ainul basirah dan adik terbaru, siti hajar. Hmm...even tak ramai ptg tu, tp ia dah cukup bagi aku lepaskan rindu kat depa ni, usrah ni dah sinonim dgn erti kekeluargaan. Usrah gak tempat nak berbincang tentang ajaran Rasul kita, tempat untuk bermuzakarah, tempat untuk mengadu masalah(kalau ada la)hehe..macam2 lagi..

Ptg tu, adik2 ni bawa aku ke bazaar ramadhan yang UIA sendri anjurkan, yang menjual semuanya student UIA sendri, walau tak besar mana, tp cukuplah asal dapat membeli makanan utk berbuka pose,kan berbuka pose tu tak semestinye kene gi bazaar ramadhan yg besar, cukuplah dengan apa yang ada,barulah terasa ramadhan nya. Kami beli nasi kerabu je ptg tu utk berbuka pose.

Lepas beli makanan, balik semula ke masjid utk jumpe ruqayyah, nak bincang tentang program ROQ(rememberance of Al Quds). Tak sabar nak dtg program ROQ ni, moga Palestine akan bebas diceroboh satu hari nanti. Jadi ptg tu berbuka di masjid nilai la bersama Ruqayyah dan anak buah aku, Hilya yang ikut sama ptg tu.

"Hebatnya Ukhuwwah kerana Allah"

No comments:

~USAHA~DOA~TAWAKAL~