Friday, October 2, 2009

geGaran: malapetaka atau peringatan...

Gempa bumi di Indonesia, satu malapetaka atau peringatan dari Allah s.w.t. Kalau mengikut kaedah sains, gempa bumi akan dikaji selidik mengikut kaedah sains, disebabkan tekanan mental dalam bumi dan sebagainya. Indonesia memang tidak dinafikan lagi sebagai negara yang selalu mengalami gempa bumi atas sifat geografi negara tersebut yang lebih terbuka terhadap tekanan dari Laut Hindi yg luas. Kawasan yg mengalami gempa bumi itu ialah daerah Padang, satu tempat yg aku sendiri dan rakan2 sekolah pergi untuk buat banch mark. Alhamdulillah masa kami pergi kami diselamatkan Allah dari gempa bumi.

Kalau difikirkan kembali, adakah ini satu peringatan kepada kita dari Allah terhadap kiamat yang makin hampir. Dan adakah ia satu peringatan kepada rakyat Indonesia sahaja??? Pernahkah kita berfikir yang mana gempa bumi itu juga merupakan tanda peringatan kepada diri kita sebagai warganegara kepada jiran serumpun kita itu. Pernah dahulu tika menghadiri satu ceramah, penceramah ada mengatakan, adakala Allah memberi peringatan kepada kita tidak terus kepada kita tetapi terhadap mereka yang hampir dgn kita.

Sama2 kita bersedia dgn sebarang kemungkinan, dan terus dekatkan diri kita kepadaNya.
Moga kita terus berada dalam keredhaanNya, insyaAllah.

...me...
Syukur padamu Ya Allah...

No comments:

~USAHA~DOA~TAWAKAL~