Friday, September 18, 2009

...pesanan hari khamis...

Hari Khamis???

Hari terakhir persekolahan sebelum raye menjelang, sempat nak menulis jap sblm menyambung ibadah dalam saki baki ramadhan yg ada. Hari khamis sepatutnya ada perhimpunan rumah kediaman tp disebabkan sekolah akan bercuti menjelang esoknya, jadi terpaksa diadakan perhimpunan seperti biasa.

Mula2 je tan si yuan dijemput utk naik ke pentas, ingatkan nak bagi "bicara pemimpin" rupanya nak bagi ucapan selamat hari raya, wakil dari non malays, ape lagi dapat tepukan gemuruhla si Tan, tetibe je die popualar haritu.

then, Qamar the KU bagi ucapan, ucapan raye gak, yang aku ingat die cakap "raye, raye gak, bagi form 5 jgn lupe study" lebih kurang la, pon dapat tepukan gemuruh, hehe...rase nak raye jelah pagi tu, cikgu2 pon tak sabar nak balik sbnrnya,kekeke...

Pastu, si razi lak bagi ucapan wakil kelab guru, then Mdm Lim bagi ucapan selamat hari raye, yang paling best dalam ucapan Mdm Lim ialah "to all my friends, selamat hari raya and forget about work",haha itu yg nak dgr tu, dahla dapat cuti seminggu, penuh nikmat betul raye kali ni,ye ke???

Raye, raye gak tp aku takdelah mcm budak kecik yg sgt excited nak beraya...ye la umur pon nak meningkat lagi tak lama lagi, so raye ni mcm satu peringatan gak la.

Mlm tu plak ade, majlis khatam dan buka pose kat sekolah, aku and nareha stay sampai abis majlis, terawih skali kat sekolah.. abis je terawih, ramai dah parents yg menunggu anak masing2 kat luar dewan.. Tapi tazkirah ustaz yang aku akan ingat sampai bila2 ialah..."sangatlah malang bagi sesiapa di bulan ramadhan yang mana Allah tidak memberikan keampunan kepada dirinya", astaghfirullah, menusuk dalam sanubari, takut segala amal tidak diterima malah taubat tidak didengar dan diterima, nauzubillah min zalik. Semoga seluruh umat Islam, doanya dimakbulkan Allah di bulan yang mulia ini, ameen...

So, mlm ni nak balik kampung dah, kalau takde ape2,kalau tak pon lepas subuh esok. sape2 yg duk area seremban or KL, jemput2 lah dtg ke rumah. Tp kol dululah bile nak dtg,takut kat kampung lagi..

...sal...
29 ramadhan 1430H
~sepi~

No comments:

~USAHA~DOA~TAWAKAL~